Khamis, 3 Jun 2010

Program Sarjana Pendidikan Teknikal Di UTHM

BPL(K) membuka peluang kepada setiap warga IKM, KKTM dan BPL(K) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana/Master sebagaimana maklumat berikut:

Institusi: Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Sesi Pengajian: Julai 2010 hingga Jun 2012
Tempoh : 2 tahun (6 semester termasuk 2 semester pendek)
Kelas : Disekitar Selangor/Kuala Lumpur dan tempat yang bersesuaian
Perlaksanaan: Secara Kerja Kursus (Course-work)
Pengajian yang ditawarkan:
  1) Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Awam)
  2) Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik)
  3) Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Mekanikal)

Permohonan telah DITUTUP.

Rabu, 19 Mei 2010

Ceramah Agama Bertajuk "Kerja Itu Ibadah"

SEMUA WARGA BPL(K) DIJEMPUT HADIR....
Sukacita dimaklumkan bahawa BPL(K) dengan kerjasama Badan Kebajikan BPL(K) akan menganjurkan Program Pembangunan Modal Insan BPL(K) tahun 2010 sebagaimana maklumat berikut:
Tarikh : 21 Mei 2010 (Jumaat)
Tempat : Anjung Korporat Mara, Tingkat 24
Agenda :
     9.00 - 9.30 pagi - Kehadiran penceramah dan peserta
     9.30 - 11.30 t/hari - Ceramah bertajuk "Kerja Itu Ibadah"
     11.30 - 12.00 t/hari - Jamuan dan bersurai

Sehubungan itu, semua warga BPL(K) dijemput hadir ke majlis tersebut bagi meningkatkan lagi pemahaman kita dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai pekerja. Semoga segala amalan dan sumbangan kita diterima Allah dan diberkati. Wassalam...

Jumaat, 7 Mei 2010

Kursus Occupational Safety & Health Officer

Satu Program Train Of Trainers (EPU) sedang dijalankan:
Program : Occupational Safely & Health Officer (Kursus Pensijilan)
Tarikh : 10 Mei hingga 8 Jun 2010 (3 minggu/22 hari)
Tempat : Hostel NIOSH
Peserta : 15 orang (pengajar dari IKM/KKTM dari bidang yang berkaitan dengan risiko)
Konsultan : NIOSH (National Institute Of Occupational Safety & Health), Kementerian Sumber Manusia
Anjuran: BPL(K) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU)

RUMUSAN
Kursus ini pada awalnya adalah permintaan dari KKTM Ledang kerana mereka terlibat dengan Radioaktif dalam pengujian perubatan. Sehubungan itu kursus ini turut ditawarkan kepada semua pusat yang terlibat secara langsung dengan bahaya/hazard seperti mesin2 pembuatan, bahan kimia dan persekitaran berisiko. Peserta akan menduduki peperiksaan kelayakan sebelum dianugerahkan sijil kekompetenan sebagai pegawai keselamatan (bukan pak-guard atau mak-guard kat bank tu), dan dari kelayakan itu, mereka akan menjadi leader kepada jawatankuasa keselamatan di IKM/KKTM nanti. Sebahagian gambar perjalanan program akan desertakan kemudian.
Sekian

Khamis, 22 April 2010

Kursus Asas Digital Fotografi

Satu Program Train Of Trainers (JPK) telah dijalankan:
Program : Kursus Asas Digital Fotografi
Tarikh : 26 hingga 30 April 2010 (Isnin - Jumaat)
Tempat : Hotel Rosa Passadena, Cameron Highland
Peserta : 30 orang (pengajar dari IKM/KKTM dan 2 orang wakil BPL(K) dari pelbagai bidang )
Konsultan : Asfon Multimedia
Anjuran: Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
Persediaan:
Peserta digalakkan untuk membawa kamera (yang terbaik Kamera DSLR dan accesories) dan laptop.

Peserta program ini telah dicalonkan oleh pihak IKM/KKTM dan diputuskan oleh Jawatankuasa UPSM, 2 orang wakil BPL(K) telah dicalonkan untuk mengikuti program ini... Sebahagian gambar program ini berjalan.. layann...
Gambar Peserta

LAGI SEDUTAN PERJALANAN PROGRAM...

Kursus Hydraulic

Satu Program Train Of Trainers (JPK) telah dijalankan:
Program : Kursus Hydraulic
Tarikh : 26 hingga 30 April 2010 (Isnin - Jumaat)
Tempat : Citrus Hotel (info)
Peserta : 16 orang (pengajar dari IKM/KKTM dari bidang mekanikal/mekatronik/elektronik/mesin)
Konsultan : QDR Marketing S/B
Anjuran: Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
 
Para peserta dari IKM/KKTM

Sesi penutup dan lawatan oleh wakil BPL(K).

Sebahagian "kit" peralatan yang digunakan (telah dismantle)

Rumusan
Peserta program ini telah dicalonkan oleh pihak IKM/KKTM dan diputuskan oleh Jawatankuasa UPSM, namun tiada peserta dari BPL(K) yang mengikuti program ini. Kebanyakan peserta menyatakan kesesuaian kursus ini dianjurkan dan pihak konsultan mengendalikan kursus dengan baik, cuma dari segi kandungan kursus masih boleh dimasukkan sekali Elektro-hidrolik untuk hasil yang lebih mantop..!!
Sekian

Selasa, 6 April 2010

Discovering Diamond Within You

Program yang dianjurkan:
Program : Discovering Diamond Within You
Tarikh : 25 hingga 27 April 2010 (Ahad - Selasa, 3hari 2malam)
Tempat : Agrotek Garden Resort (info)
Peserta : 30 orang sahaja (peserta sebenar 32 orang)
Perjalanan : Menaiki bas MARA
Konsultan : Goal Horizon Sdn. Bhd.
Yuran : FREE
SELAMAT DATANG KE PROGRAM
Kambing panggang...

LAGI SEDUTAN PERJALANAN (GAMBAR TAMBAHAN)...

Kursus Adobe Photoshop & Pembinaan Website

Satu Program Train Of Trainers (EPU) telah dijalankan:
Program : Kursus Adobe Photoshop & Pembinaan Website
Tarikh : 5 hingga 8 April 2010 (Isnin - Khamis)
Tempat : Cititel Express Hotel Kuala Lumpur
Peserta : 42 orang (pengajar IKM/KKTM dari pelbagai bidang)
Konsultan : Penceramah Dalaman MARA
Anjuran: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

Para peserta dari IKM/KKTM

Perjalanan kelas/kursus oleh pengajar
Rumusan
Peserta program ini telah dicalonkan oleh pihak IKM/KKTM dan diputuskan oleh Jawatankuasa UPSM, namun tiada peserta dari BPL(K) yang mengikuti program ini. Kesemua peserta yang datang dari pelbagai bidang menyatakan kepuasan hati terhadap kursus yang telah dianjurkan, dapat mempelajari kemahiran membuat editing menggunakan perisian Adobe Photoshop dan kaedah pembinaan website dari langkah pertama hingga pengiklanan website tersebut.
Sekian